Archive for restress kopitiam

Maraton Update – Ramadhan Stories…

Posted in My Stories, Promote with tags , , , , on September 16, 2009 by nurli3y

Assalamualaikum…

lamanya la tak update blog ni…sampai kan ader yg bertanya bile nak update…hahaha…tah rasa cam malas jerk nak update…sebab takde gambar…ni dah kumpulkan gambar update skali jalan…smua citer pasal berbuka puasa sempena bulan puasa nieh…biasa la kan bulan puasa,time ni la nak wat gathering…berkumpul ngan kawan2 lama…rasanya tahun ni saya byk berbuka puasa kat luar…

Rabu,020909 – first berbuka puasa kat luar dgn kawan2 sekolah, sekolah menengah kuala kubu bharu…lama dah tak jumpa diorg ni…ader yg sejak abes sekolah mmg tak pernah jumpa…sebenarnya ramai member2 sekolah saya yg duduk erea shah alam-pj-kl…tp susah tul nak berjumpa…majlis ni di organize oleh cik afiz & abby…diorg la yg kumpulkan kawan2…seb baik diorg pilih chicken hartz kat sunway piramid…dapat la saya yg takde transpot ni join…jalan kaki je kesana…hehehee…lama jugak melepak kat situ…penuh perut…ngan gelak ketawa lagi…

smk01

smk02

smk03

smk04kawan2 yg join,dari kiri : nizam (member shark,bdk kkb gak),najwa,abby,afiz,syaazri,helmi,wife & amri,amad,saya lah tu…heheee…

Sabtu,050909 – second bukak puasa kat luar lak dgn ex-STMS/KYM…kawan2 satu kolej di kolej yayasan melaka…dina yg organize…bertempat di ResTress Kopitiam,Bandar Sunway…dekat je ngan rumah…jln kaki jugak ke sana…heheheee…kali ni ramai yg hadir…rasanya mencecah 40 org gak…kami combine skali dgn senior and junior…tp yg ramai batch kami la pun…heheee…

gather01

gather04

gather02

gather03

Ahad,060909 – disebabkan boring duduk kat rumah sorang2,saya letak la status kat facebook yg saya bakal berbuka puasa sorang diri…liza balik cheras,bulat lak dia jumpa kawan kat sunway piramid…katanyer maybe bukak puasa ngan kawannya…rahim balas status saya,yg dia dah janji ngan rizal nak trun sunway bukak puasa sama2…bulat lak tak jadi berbuka dgn kawan dia,dia pun ajak saya trun ke sunway piramid…rahim lak cadang mmg nak ke sunway piramid,so ptg tu saya berjalan kaki la dari rumah ke sunway piramid…nak naik teksi mahal…kena charge rm8…seb baik la cuaca ptg tu redup,so saya menggagahkan la diri ini berjalan kaki…sampai sunway rahim,bulat,rizal dah booked meja kat chicken hartz…tp leh masuk kul8mlm…kitorang tapau la dulu air mineral and buah2an tuk berbuka…disebabkan lama sgt tunggu nak dpt kan meja…kitorang pun berjalan la carik kedai makan lain…ternampak kedai Laksa Shack…sebab malas nak carik tempat lain kitorang pun masuk la…byk meja kosong masa tu…saya pun oder la nasik ayam masak lemak cili padi…bile makan…wahhhh…sedap2…lepas ni leh try makan kat sini lagi…

laksa-shack02saya dan rahim…

laksa-shack03rizal dan eika aka bulat… ;p

laksa-shack04ni la dia set nasi ayam masak lemak cili padi…berbaloi gak amik set ni…ader nasik,ayam,telor dadar,serunding ayam,sayur kerabu,sup daging dan otak2…harga dlm rm19++…time bulan puasa ni diorg ader buat promotion,kalau amik set mcm ni dua set,dpt dua air free…sirap cincau…pastu pisang rebus+gula melaka+kelapa parut…mmg sedap…

laksa-shack01lepas ni leh la try menu lain lak kat laksa shack ni…rahim kate laksa dia mmg sedap…

ader gak 2 kali saya berbuka kat tempat lain…tp sebab takde gambar malas lak nak bercerita…hehehee…

kad-raya09

besok dah start cuti…sekejap je dah nak raya…rasa mcm baru je lagi berpuasa…so pada kawan2 yg balik kampung drive sendiri tu berhati2 lah masa memandu ye…di kesempatan ini…saya nak ucapankan selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin pada kawan2 rapat saya,kawan2 opis,kawan2 sekolah,kawan2 kolej,juga kawan2 yg sudi melawat blog saya ni…terima la kad ucapan dari saya yg tak seberapa ni…selamat berhari raya semua… 🙂

saya cuti dari ptg jumaat sampai ahad minggu depannya…lama tu cuti… 10 1/2 hari…:p

Lovely,
NurLi3y

Advertisements