Maraton Update – Ramadhan Stories…

Posted in My Stories, Promote with tags , , , , on September 16, 2009 by nurli3y

Assalamualaikum…

lamanya la tak update blog ni…sampai kan ader yg bertanya bile nak update…hahaha…tah rasa cam malas jerk nak update…sebab takde gambar…ni dah kumpulkan gambar update skali jalan…smua citer pasal berbuka puasa sempena bulan puasa nieh…biasa la kan bulan puasa,time ni la nak wat gathering…berkumpul ngan kawan2 lama…rasanya tahun ni saya byk berbuka puasa kat luar…

Rabu,020909 – first berbuka puasa kat luar dgn kawan2 sekolah, sekolah menengah kuala kubu bharu…lama dah tak jumpa diorg ni…ader yg sejak abes sekolah mmg tak pernah jumpa…sebenarnya ramai member2 sekolah saya yg duduk erea shah alam-pj-kl…tp susah tul nak berjumpa…majlis ni di organize oleh cik afiz & abby…diorg la yg kumpulkan kawan2…seb baik diorg pilih chicken hartz kat sunway piramid…dapat la saya yg takde transpot ni join…jalan kaki je kesana…hehehee…lama jugak melepak kat situ…penuh perut…ngan gelak ketawa lagi…

smk01

smk02

smk03

smk04kawan2 yg join,dari kiri : nizam (member shark,bdk kkb gak),najwa,abby,afiz,syaazri,helmi,wife & amri,amad,saya lah tu…heheee…

Sabtu,050909 – second bukak puasa kat luar lak dgn ex-STMS/KYM…kawan2 satu kolej di kolej yayasan melaka…dina yg organize…bertempat di ResTress Kopitiam,Bandar Sunway…dekat je ngan rumah…jln kaki jugak ke sana…heheheee…kali ni ramai yg hadir…rasanya mencecah 40 org gak…kami combine skali dgn senior and junior…tp yg ramai batch kami la pun…heheee…

gather01

gather04

gather02

gather03

Ahad,060909 – disebabkan boring duduk kat rumah sorang2,saya letak la status kat facebook yg saya bakal berbuka puasa sorang diri…liza balik cheras,bulat lak dia jumpa kawan kat sunway piramid…katanyer maybe bukak puasa ngan kawannya…rahim balas status saya,yg dia dah janji ngan rizal nak trun sunway bukak puasa sama2…bulat lak tak jadi berbuka dgn kawan dia,dia pun ajak saya trun ke sunway piramid…rahim lak cadang mmg nak ke sunway piramid,so ptg tu saya berjalan kaki la dari rumah ke sunway piramid…nak naik teksi mahal…kena charge rm8…seb baik la cuaca ptg tu redup,so saya menggagahkan la diri ini berjalan kaki…sampai sunway rahim,bulat,rizal dah booked meja kat chicken hartz…tp leh masuk kul8mlm…kitorang tapau la dulu air mineral and buah2an tuk berbuka…disebabkan lama sgt tunggu nak dpt kan meja…kitorang pun berjalan la carik kedai makan lain…ternampak kedai Laksa Shack…sebab malas nak carik tempat lain kitorang pun masuk la…byk meja kosong masa tu…saya pun oder la nasik ayam masak lemak cili padi…bile makan…wahhhh…sedap2…lepas ni leh try makan kat sini lagi…

laksa-shack02saya dan rahim…

laksa-shack03rizal dan eika aka bulat… ;p

laksa-shack04ni la dia set nasi ayam masak lemak cili padi…berbaloi gak amik set ni…ader nasik,ayam,telor dadar,serunding ayam,sayur kerabu,sup daging dan otak2…harga dlm rm19++…time bulan puasa ni diorg ader buat promotion,kalau amik set mcm ni dua set,dpt dua air free…sirap cincau…pastu pisang rebus+gula melaka+kelapa parut…mmg sedap…

laksa-shack01lepas ni leh la try menu lain lak kat laksa shack ni…rahim kate laksa dia mmg sedap…

ader gak 2 kali saya berbuka kat tempat lain…tp sebab takde gambar malas lak nak bercerita…hehehee…

kad-raya09

besok dah start cuti…sekejap je dah nak raya…rasa mcm baru je lagi berpuasa…so pada kawan2 yg balik kampung drive sendiri tu berhati2 lah masa memandu ye…di kesempatan ini…saya nak ucapankan selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin pada kawan2 rapat saya,kawan2 opis,kawan2 sekolah,kawan2 kolej,juga kawan2 yg sudi melawat blog saya ni…terima la kad ucapan dari saya yg tak seberapa ni…selamat berhari raya semua… 🙂

saya cuti dari ptg jumaat sampai ahad minggu depannya…lama tu cuti… 10 1/2 hari…:p

Lovely,
NurLi3y

Photo to Pencil Sketch…

Posted in Design with tags , on July 29, 2009 by nurli3y

Assalamualaikum…

tetiba minggu ni saya rajin nak buat tutorial…tgok blog liza dia ada buat potret menggunakan teknik pencil sketch…tanya dia camne dia buat…sketch sendiri ke edit guna photoshop…rupa2nya tu salah satu teknik dlm photoshop…saya pun try la buat gak…terkial2 gak memula nak follow step by step…sebab jarang guna step yg ditunjukkan…heheheee…

Sketch01

ni potret yg first saya buat…guna gambo sendiri dulu…hehehee…

Sketch02

second potret…nak biasakan diri guna step yg diajar…

Sketch03n

third potret…guna muka liza lak…sebab nak test yg ader rambut…try ingat step tanpa tgok tutorial… 🙂 yg ni amik masa lama sket sebab buat helaian rambut satu persatu…hehehee…

amacam??? ok tak??? 🙂

Lovely,
NurLi3y

Pop Pop Pop…Pop Kuiz…

Posted in My Stories, Promote with tags , , on July 27, 2009 by nurli3y

Assalamualaikum…

Pop Kuiz kini kembali smula…dah lama rancangan ni tak ditayangkan…Ahad,260709,saya,liza,rahim follow rizal dan fahmi ke studio rakaman ntv7 di glenmari shah alam…rizal and fahmi ni senior saya masa kat kolej dulu…diorg terpilih tuk jadi peserta dlm rancangan pop kuiz ni…disebabkan rakaman kat glenmari,rizal ajak la kitorang tuk support diorg berdua…hehehe…

rakaman sepatutnyer start kul3ptg…tp kul11.20pg kitorang dah terpacak kat studio tuh…punya la semangat rizal ngan fahmi ni…hahahahaa…last2 kitorang g brekfest dulu…kul12.15 baru gerak ke studio smula coz kul1 diorg ader briefing sebelum rakaman…sesambil tunggu diorg dipanggil,layan melodi dulu…sedih dgr berita pasal kak yasmin ahmad dah meninggal dunia selepas 3hari koma…al-fatihah tuk kat yasmin…huhuhuuu…

ramai jugak la artis yg dtg hari tu…antaranya alif OIAM,sherry,amelia OIAM,esther OIAM,harun salim bachik,black mentor…tu je kot yg saya perasan…hehehee…

pop01a

ni dia peserta yg bertanding ngan rizal n fahmi…pasangan pertama nama team nyer ‘ajak-ajak fighting'(AAK)…team ke2 pasangan artis,alif OIAM ngan sherry(pelakon tv),nama team diorg ‘kalah pun takpe'(KPT)…hahaha…team rizal ngan fahmi lak GEMPAK…gempak seih… ;p

pop01b

first time saya tgok rakaman kuiz tuk tv…penonton tak ramai pun…just kawan2 peserta jerk…memula nak amik gamba rasa segan sebab takut tak leh shoot…saya sorok2 shoot gak…tgok takde org tegur shoot je la…hehehe…pop kuiz ni di host kan oleh aidid marcello dan yatt hamzah…

pusingan pertama sape cepat di jawap…time ni saya tgok podium tempat diorg berdiri tu mcm nak tercabut dah sebab diorg dok tekan2 buzzer…hahahaha…pusingan pertama team artis menang…team gempak no.2…

pusingan ke2 lak diorg kena berlakon…diorg kena sambung melakonkan adengan berdasarkan petikan dari filem talentime…masa adibah nor ckp next2 masa audition…pusingan ni ader artis jemputan yg konon2 jadi pengarah and akan bg markah pada lakonan peserta…artis jemputan nyer harun salim bachik…mmg lawak spontan la harun salim bachik ni…tergelak kitorang dibuatnya…lakonan team AAK dpt 12markah…lakonan team KPT dpt 16markah…team GEMPAK lak dpt 16markah gak…saya mmg tak leh tahan gelak tgok lakonan rizal ngan fahmi…hahahahaa…patutnyer diorg leh dpt markah lebih punya…hehehee…tp sebab nak kasi adil kat artis kot… 😀 bile dah campur markah round 1 ngan 2 team artis still no.1…team rizal ngan fahmi no.2…

pop02

tp pusingan ke3 mmg sengit…markah antara team artis KPT ngan gempak asyik potong memotong…mcm bwk kete lak…hahahaa…pusingan ke3 diorg kena jawap soalan berdasarkan aper yg penyanyi jemputan nyanyi time tu…penyanyi jemputannya black mentor…dua lagu yg black nyanyikan…first song tajuk lagu nyer  manira…second song hitam manis…boleh tahan vocal live black ni…lepas lagu first team KPT masih didepan…

pop03

tp bile masuk soalan lagu ke2 team gempak byk dpt jawap soalan…dan diorg lah pemenangnya…tahniah tuk rizal ngan fahmi…lepas ni diorg akan ke second round lawan kumpulan yg menang dari episod sebelumnya…kalau tak silap rakamannya hari khamis nie…tak dpt la nak follow diorg sebab time keje…hehehee…

pop04

lepas habis kuiz black nyanyi lagu aku rindu sayang kamu sebagai penutup rancangan…

pop05

last skali sebelum balik kitorang pun posing2 dgn black mentor…rizal ngan fahmi nak amik berkat ngan juara mentor ni…mne la tau pasni diorg pemenang utama pop kuiz ni…sape tau kan… ;p …thanks pada rahim sebab shoot kan gambo ni…sian rahim tak ader dlm gambo ni…hihihiii…

to rizal n fahmi…good luck tuk second round khamis ni… ^_^Y

dgr citer nyer rakaman diorg ni akan ditayangkan bln11 nnt…hari ahad jam 5.30ptg…

Lovely,
NurLi3y

Going Out to Fullhouse & Shout Award…

Posted in My Stories, Promote with tags , , on July 19, 2009 by nurli3y

Assalamualaikum…

this week saya enjoy kluar dgn kawan2…elly dpt 6tiket tuk ke shout award anjuran 8tv…tiket ade lagi 3…elly sruh saya ajak mane2 kawan yg nak join…saya pun ajak la ieka,rizal dan rahim…event start kul8mlm…sebelum ke shout award di stadium putra bukit jalil, liza ajak kami minum2 dulu kat fullhouse di ara damansara…kedai makan yg berkonsepkan lifestyle store and cafe…kedai dia mmg cantik…bertemakan warna putih…rasa releks je lepak kat kedai ni…kami pilih tempat duduk di bahagian atas…saya oder ais blanded jerk…sebab sebelum balik rumah bersiap2 saya dah makan dulu…elly je yg oder makanan sebab dia nak try menu kat situ…sesambil borak2 makan minum…amik la sket gambar tuk kenangan… :p

fullhouse01

fullhouse02

fullhouse03

fullhouse03a

fullhouse04

lepas lepak2 kat fullhouse kitorang pun bergerak ke stadium putra bukit jalil…sampai kat erea stadium jalan sgt la jem…rupa-rupanya ramai org trun ke stadium tuk saksikan pemain MU berlatih bola ptg tu…yg kitorang lak tak brape tau kat mne stadium putra,bepusing2 kat erea jln jem tuh…hampir 40minit gak la mencari tempat dan parking…si rahim pun terpaksa la tunggu kitorang…hehehee…

ni first event award yg pernah saya saksikan sacara live…tiket yg elly dpt free standing…penat gak la berdiri hampir 4jam…bile time iklan duduk sekejap lepaskan lelah…

shoutaward01

shoutaward02

shoutaward03

event abes kul12mlm…perut pun dah lapar…lepak2 makan dulu pastu balik rumah…thanks 2 elly sebab dptkan tiket tuk kitorang smua…dan jugak liza yg bwk kitorang ke sana dgn kereta kelisa nyer… 🙂

Lovely,
NurLi3y

Meet My Old Friends…

Posted in My Stories, Scenery with tags , , , , on July 12, 2009 by nurli3y

Assalamualaikum…

berjumpa jugak saya akhirnya ngan 2org member kolej saya ni…fauziah@AG and shima…kitorang dulu duduk  satu asrama dari semester 1-6…lama giler dah tak jumpa…last jumpa 1tahun ++ lepas kot kat putrajaya…minggu lepas  saya bermassage dgn AG,dia bgtau yg dia tgh cuti seminggu…dia ni sebuk memanjang dgn shooting…org keje dgn production house la katakan…sebab dia cuti saya ajak dia kluar lepak2…memula plan nak ke melaka…tp tak jadi lak sebab AG kena riki location tuk shoot iklan…tp kitorang tetap gak berjumpa lepas AG setelkan keje dia…memula nak lepak kat sunway piramid jerk…skali AG bg cadangan nak lepak jauh2 sket…dia nak ke putrajaya…saya pun ok jerk then dah alang2 ke putrajaya contact shima nak jumpa dia…kebetulan dia ader program kat persint6…ader event putrajaya sailing week 2009…sementara tunggu shima setel keje saya ngan merayau2 la dulu kat event tu…

ptjy01

ptjy02

kapal layar ni kebanyakkan yg bwk smua budak2…huhuhuu…

ptjy03harga bakso+air botol oren ni = rm7….tp sebab dah lapa bedal je la…hohohooo…

ptjy03aakhirnya shima abes keje dah…dpt la lepak2 dgn dia…shima ni tgh mengandungkan anaknye yg ke-2…kandungan dia dah 7bln++…anak pertama dia,nabil namanya,baru skali saya dpt jumpa…masa tu nabil baru 6-7 bulan…skrg ni nabil dah 2tahun…tp tak dpt nak jumpa nabil sebab nabil ader kat rumah penjaganya…

ptjy04shima dan AG…dah lama tak bergambar dgn diorg ni…padahal memasing duduk takde la jauh mne pun…tp nak berjumpa mmg susah…memasing busy…huhuuuu…lepas kitorang bergambar sama2,AG tolong anta shima ke opis dia kat persint8…shima ader keje kat opis yg perlu disetelkan sebelum balik…

ptjy05sementara nak tunggu shima setelkan keje dia,saya dan AG lepak kat tepi tasik sekejap…time ni dah kul7ptg pun…lepas shima abes keje kitorang lepak kat club bwh opis shima…plan nak ke rumah shima lepas dia setel keje opis…tp dah dia abes lewat lak…AG lak ader nak jumpa orang…so tak dpt la pergi ke rumah shima…tak dpt la nak jumpa nabil…takpe laa…len kali kitorang singgah ke rumah ko ye shima…tunggu baby ke-2 kluar dulu ke… :p

ptjy06

ptjy07lepas balik dari berjumpa dgn shima, AG janji nak blanje saya makan western food kat Moon’s Kitchen di pandan indah…saya pun oder la black paper steak…nyum nyum…thanks AG blanje aku makan…hehee…nnt aku lak blanja ko makan eh… :p

lepas abes makan saya teman AG tuk amik profile bakal talent tuk iklan yg production dia akan shoot…lepas jumpa mamat pelakon ni,dlm kereta AG gelak besar daa…rupanya2 bukan mamat tu yg dia nak jadikan talent…hahahaa…org yg AG mintak no phone mamat tu dah tersalah tafsir org yg si AG nak jadikan talent ni…AG call smula org yg bg maklumat tu…dia criter betul2 talent yg dia nak guna…bile dah dpt call talent tu…seb baik la talent tu ader berdekatan dgn tempat kitorang berenti…bile dah jumpa nasib baik org nyer betul…

mmg berjalan2 btul saya smlm…dari kul4-12tgh malam…hahaaa…thanks AG sebab sudi bwk aku jalan2…siap bwk g jumpa artis lagi tu…nnt kite kluar jalan2 aku lak blanje ko yer AG… 🙂

Lovely,
NurLi3y

My First Design Custom Album…

Posted in Design, My Stories with tags , on July 10, 2009 by nurli3y

Assalamualaikum…

agak lama dah saya tak update blog ni…kebelakangan ni slow sket la shoot2…ader shoot pun masa g kenduri kawen kawan2 sekolah…tu pun stakat tuk kenangan jerk…tuk buat artwork nak berjalan2 poket kering…huhuhuu…money tu ader…tp kena buat catuan dgn keadaan ekonomi poket ku yg gawat 4-5bulan nieh…sampai bile la nak jadi mcm ni…huhuhuu…

tgh boring2 dok kat opis sorang2 (kekadang ader la 2-3 org  teman yg dtg kat opis ni…tu pun sehari dua jerk…) saya terpikir nak buat design custom album sendiri…lagipun gambar2 raya tahun lepas tak cuci2 gik…dari tersimpan jerk dlm xternal hardisk ku yg dah nak penuh tu…baik la cuci…tp bosan lak asyik cuci 4r je kan…so saje la test2 buat custom album sendiri…ader la kelainan sket…hehehehe…walaupun kos cuci custom album ni agak mahal sket…tp takpe la saya sanggup kuar kan sedikit duit tuk tatapan mak abah kat rumah time2 diorg bosan ke…skrg ni mak abah tinggal ngan abg yg sulong and adik yg bongsu skali…adik bradik yg len smua dah duk luar…memasing masih belajar lagi,dah keje…

ni first time saya design custom album…seb baik ader member opis yg bg guide tuk buat custom album nieh…thanks irfan,sebab sudi berkongsi ilmu…sekarang ni nak kena tunggu hasil print je…tak sabar lak rasanya… :p

custom01design tuk cover album…

custom02design page 1-10…

custom03design page 11-20…

i’m not a good photographer..but this is my hobby…

Lovely,
NurLi3y

Nur Kasih…

Posted in Promote with tags , on June 21, 2009 by nurli3y

nurkasih_episodic_topAssalamualaikum…

entry kali ni saya nak promote satu citer kat tv3 yang ditayangkan setiap hari jumaat jam9.00malam…Nur Kasih arahan Kabir Bahtia,kisah mengenai nilai cinta dan perngorbanan…saya start layan citer ni masa episod 3…layan kat website tv3 je…bile dah layan dari episod 1-3 saya sgt tertarik dgn citer ni…saya suka sgt dgn sinematografi dalam citer ni…byk element2 photography yg di praktik kan…scene pun lawa2…camera movement yg bagus…mood kaler dan lighting yg cun…menaikkan lagi emosi yg sgt touching…tak rugi follow citer ni…byk pengajaran,jln criter dia pun menarik,pelakon2 yg betul2 menghayati watak,dialog yg mendalam maksudnya…pelakon2 dlm Nur Kasih ni dibintangi oleh Tiz Zaqyah (Nur Amina) , Remy Ishak (Adam) , Fizz Fairuz (Aidil) ,Datuk Jalaluddin Hassan, Ummi Nazeera, Sharifah Sofia, Liza Othman dan Ayu Raudhah. lagu temannya pun saya suka…

pada yg tak pernah tgok citer ni…saya sarankan mari la tgok…kalau tak dpt tgok kat tv3 hari jumaat…bleh tgok kat cath up tv3,tp kena register dulu la…kalau malas nak register  search aje kat youtube…selamat menonton ye kawan2… 🙂

ni ader sket trailer citer NUR KASIH…

suka layan citer ni sorang2…dpt feel lebeh…hehehehee…

Lovely,
NurLi3y

Yeahhh!!! I’m in… ;)

Posted in My Stories, Promote with tags , on June 10, 2009 by nurli3y

assalamualaikum…

akhirnya…yg di tunggu2…photo2 yg saya submit di 24hour kl terpilih jugak…happy rasanya…hehehee…so kengkawan…kite jumpa di KLue urbanscapes nnt k… 🙂

KL01

KL02

KL03

KL04

KL05

KL06

i’m not a good photographer..but this is my hobby…

Lovely,
NurLi3y

Wedding of Azmir & Faezah

Posted in My Stories, Wedding on June 8, 2009 by nurli3y

salam dan slamat sejahtera…hehehee…

minggu cuti sekolah ni byk betul undangan majlis kawen-kawen…ahad lepas,070609,azmir dan faezah dah sah menjadi suami isteri…dua2 ni kawan saya masa sekolah menengah dulu…tp takde rapat mne pun…just kenal2 camtu je…diorg berdua ni keje nyer sebagai cikgu…azmir cikgu sekolah rendah,faezah lak cikgu sekolah menengah…hehehee…kebetulan saya balik cuti ke kampung di kuala kubu bharu,sebab mak sakit and kena tahan masuk wad…tp alhamdulillah mak dah sihat sket…so dpt la dtg majlis kawen diorg berdua ni…ramai jugak kawan2 sekolah yg turun…yg lama dah tak jumpa pun ader…dah jadi mcm reunion lak…hehehehee…so,tahniah la buat azmir dan faezah…minggu depan plak ader satu lagi pasangan  yg bakal berkahwin…dua2 pun member sekolah gak…lama betul diorg ni bercintan cintun…dari zaman sekolah gitu…hehehehee…pergi majlis kawen,dpt kad kawen lagi…insyaAllah akan ku cuba hadirkan diri tuk makan free… :p

af01

af03

af02

Lovely,
NurLi3y

Weekend yg busy…

Posted in My Stories, Scenery, Wedding with tags , , , , , , , , on June 3, 2009 by nurli3y

assalamualaikum…

weekend ni mmg penat rasanya…tp ni la dikatakan hobby…hobby yg tak kenal penat…hehehehee…
hari sabtu saya turun kl tuk carik koleksi photo2 kl…saya nak submit kat galery 24hourKL tuk exhibition anjuran KLue urbanscapes 2009 yg akan diadakan 27june kat KLpac…kalau terpilih boleh dpt 2keping tiket free tuk masuk ke event ni…saya tak berapa tau sgt jln2 kl ni…seb baik la rizal nak teman kan saya trun shoot…thanks rizal…kalau tak dah nekad nak trun kl sorang2…huhuhu…kitorang trun erea2 stesen komuter KL ngan erea CM jerk…so dlm byk2 shoot yg saya amik yg ni la saya pilih tuk submit…

KL-KTM

cm01

cm02

cm03

cm04

cm05

sesambil tu posing2 skali… 🙂

cm-me

cm-me2

cm-rizal

sesampai kat rumah setel aper yg patut,mlm start edit gambar sebab last submit 1june…dgn mate yg ngantuk dan badan yg penat ku gagahkan diri jugak mengedit dan submit photo2 ni…dah la line tenet lembab…kena la tunggu…huhuhu…

ok…abes citer hari sabtu….

————————————————————————————————————–

penat hari sabtu tak abes lagik,sambung lak hari ahadnya saya tag along dgn elly aka yanniz shoot wedding abg sulong dia kat TTDI damansara…

Wedding of Munadzam & Ayu…310509

sesi make-up

ma-01

ma-02

ma-03

ma-04

acara di dalam dewan

ma-05

ma-06

outdoor photoshoot lak…lokasi dekat tasik berdekatan SJMC subang jaya…

ma-07

ma-08

ma-09

ma-10

hensem abg elly and kakak iparnya pun cun…suke dgn hasil make-up mak andam tuk pengantin perempuan…first time shoot wedding dlm dewan…agak mencabar gak…sebab cahaya yg kurang dan shiling yg tinggi…

setelah 2tahun saya gunakan kmera D70s ni saya rasa dah tiba masanya untuk servis…tp nak servis…….duit oh duit…huhuhuhuuu…please give me some money….. T-T

i’m not a good photographer..but this is my hobby…

Lovely,
NurLi3y